1. Makanan Bergaram...
2. Makanan Yang Mengandungi MSG...
3. Plumbum...
Kandungan plumbum yang tinggi dalam tubuh sangat membahayakan. Plumbum boleh mengganggu fungsi otak manusia. Kanak -kanak yang terlibat dengan masalah ini boleh menjadi hiperaktif dan mendapat sawan. Umumnya, plumbum yang terdapat di persekitaran boleh diperoleh daripada tanah yang tercemar, serpihan-serpihan cat, debu yang mengandungi plumbum, air yang dimasak atau disimpan di dalam bekas yang mengandungi plumbum, buah-buahan terutama yang berasid yang diletakkan dalam bekas berplumbum dan pensel warna serta warna air (apabila dimasukkan ke dalam mulut)...
Dari segi biologi, plumbum sebenarnya tidak mempunyai apa-apa nilai dalam tubuh walaupun di dalam kepekatan yang paling kecil. Oleh itu kepekatan yang paling sesuai bagi kandungan plumbum dalam darah ialah sifar. Kanak-kanak lebih terdedah kepada bahaya dan keracunan plumbum kerana plumbum mudah diserap oleh tubuh yang sedang berkembang. Pengumpulannya di dalam badan yang sedang membesar akan mengganggu pertumbuhan semula jadi sel-sel di dalam tubuh.
Kanak-kanak mudah terdedah kepada kandungan plumbum tinggi terutama bagi yang gemar memasukkan apa juga barangan ke dalam mulut mereka. Kanak-kanak juga berupaya menyerap 50 peratus plumbum lebih tinggi berbanding orang dewasa. Kadar penyerapan ini meningkat sekiranya seseorang kanak-kanak itu mengalami kekurangan zat makanan. Kajian perubatan menunjukkan bahawa plumbum boleh membunuh sel otak dan merosakkan otak....
4. Rokok...
Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh sel-sel otak. Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya.
Para saintis di United Kingdom melakukan kajian terhadap lebih dari 8.800 orang tentang kemampuan memori dan mental dari para perokok dan orang yang tidak merokok. Daripada kajian tersebut didapati para perokok mempunyai kemampuan otak yang rendah berbanding dengan bukan perokok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan